Wednesday, 17 August 2016

'Member'




Dulu jalan sama-sama, sekarang jalan sendiri-sendiri.
Dulu makan sama-sama, sekarang makan sendiri-sendiri.
Dulu belajar sama-sama, sekarang belajar sendiri-sendiri.
Dulu gelak sama-sama,sekarang sendiri-sendiri.
Dulu semuanya bersama-sama, sekarang selalu sendiri-sendiri.

Semakin kau meningkat dewasa, makin kau nampak, mana satu 'member' mana satu tidak. Tak semua yang akan setia berkawan dengan kita bila kita dah tunjukkan diri kita yang sebenarnya. Pada permulaan persahabatan, memang banyak kawan. Sangat ramai. Tak terhitung. Wasap masuk je dari kenalan kawan baru. 

Lama-kelamaan, semuanya makin sedikit. Sebab masa kita mula kawan, kita letak topeng pada muka kita. Kita keep on smiling. Keep on laughing even hurt. Keep on joking around. Bila kita selesa dengan mereka, kita cuba buka topeng kita sedikit demi sedikit. Bila kita bukak, bilangan kawan disebalik topeng makin berkurangan. Taktau mana pergi. Mungkin diri kita yang sebenar yang selama ini kita sembunyikan mereka tak dapat terima. Masa tu aku kenal, siapa 'member' siapa bukan.

Someone, make me realise that, jangan terlalu awal tunjukkan diri kita yang sebenar pada kawan yang baru kita kenal. Kita analisa dahulu kawan tu, jenis yang suka berkawan dengan orang macam mana or what. Memang orang kata "hidup ni bukan nak puaskan hati semua orang." But at the end, kita memang kena hidup untuk puaskan hati orang supaya yang terhasil kebanyakannya kawan, bukan lawan.

"Aku takut kalau aku tunjukkan diri aku yang sebenar, aku yakin. Aku pasti, korang semua tak nak kawan dengan aku."

This person, i admirer a lot. Thanks sebab ingatkan aku bahawa tak semua orang boleh terima kekurangan kita. Then, aku tengok kawan-kawan disekeliling dia, penuh dengan kegembiraan. Support each other no matter what. Kawan-kawan dia take care each other macam persahabatan dalam drama.

Terima kasih kepada yang sudi menerima diri ini pada suatu ketika dahulu. Terima kasih yang pernah caring pada diri ini pada suatu ketika dahulu. Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup ini satu ketika dahulu.

Doesn't mean that, kawan aku sekarang tak best ke apa ek. Ni pandangan umum. I like to observe. And this is what i found. Every year. Something like this happen. Biasalah, aku duduk asrama dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5. Jadi, bila bebudak ni menangis tengah malam mengadu sebab kawan dia masa minggu orientasi yang tak sampai seminggu kenal, tak ajak dia makan sama-sama dekat dewan makan hari berikutnya sebab dapat kawan yang lebih menarik dari dia(HAHAHA) dia sedih. Dik, hidup mesti diteruskan. Baik kau beratur dulu daripada tunggu kawan kau sebab makanan cepat habis kalau lambat datang amik. *harap budak tu jumpa blog aku*

So, here's are some tips from my beloved Ustazah Mahfuzah in order to make people likes you. Kalau ikut bomoh, dia pakai minyak dagu. Kalau ikut ajaran yang benar lagi diredhai, kita pakai ayat Al-Quran Surah Al-Imran ayat 31


*Short Story*

Kina(budak form 1) : "Kak Syue, macam mana kita nak buat orang suka kat kita ek? Kina rasa semua orang tak suka kat Kina. *muka tertekan gila*"

Kak Syue(pemenang akak senior prihatin seantareo dunia): "Kenapa Kina cakap macam tu? Diorang cakap kat Kina ke diorang tak suka Kina? *muka bidadari habis. (HAHA)*"

Kina : "Taklah, tapi bila Kina pandang diorang, diorang suka jeling2 Kina. Kina nak berkawan je dengan diorang."

Kak Syue : "*suggest baca Surah Ali-Imran, Ayat 31*"

*Sejak tu, memang ramai suka dia even warden paling garang pun selalu panggil dia sebab dia bawak majalah  pergi asrama.*

4 comments: